Friday 31 May 2013

Yang Sebenarnya Rakyat Menyampah Gila Dengan Kerajaan


Seperti yang dilaporkan portal media telus, Nur Jazlan mengakui yang BN lemah dari sudut eksploitasi media baru. Ini adalah hujah Ahli Parlimen UMNO. Beliau juga mengakui yang PR lebih dominan dan konsisten menyediakan penyaluran maklumat yang berkualiti dengan menjadikan media baru sebagai platform bermutu untuk meraih sokongan rakyat khususnya pengundi.

Trend politik hari ini sangat berbeza. Banyak channel dan cara unik untuk meraih sokongan. Kita perlu mengakui keberkesanan cara ini. Ianya telah terbukti sebagai senjata ampuh dan kuasa yang luas.

Sebenarnya, banyak faktor yang menjahanamkan BN. Terus terang cakap yang BN sebenarnya sudah uzur dan perlukan overhaul. Inilah peluang tersedia kepada PR untuk menjadi kuasa politik yang lebih dominan dan agresif sebelum BN kembali menjadi kuasa politik di negara ini.

Sepanjang kempen pilihan raya mahupun pra pilihan raya, rakyat terbanyak sudah muak dengan BN. Kecelaruan demi kecelaruan terpampang yang dimampu disembunyi. Paling terkesan yang menyebabkan rakyat menyampah dengan kerajaan adalah menggunakan saluran media massa konvesional seperti TV dan Radio yang keterlaluan.

Lihatlah bagaimana, TV3 menjadi channel penyampai fitnah dengan kekerapan menyiarkan berita yang tidak berkualiti. TV3 sudah sedia maklum menyembah kerajaan seolah-olah kerajaan yang memberi ruang komersial dan keuntungan tanpa batasan. Saluran TV itu kadang kala terlupa yang perubahan arus sosial yang berkeinginan untuk mendapatkan saluran maklumat yang adil.

Penyediaan maklumat TV kerajaan amatlah memalukan

Disebabkan kekangan seperti inilah telah menjadikan PR lebih kreatif dan konsisten untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Segala jenis cabang platform maklumat dieksploitasi PR dengan berkesan. Ini yang  rakyat mahukan. Keadilan dan ketelusan untuk mendapatkan maklumat.

Bagaimanapun, pimpinan PR tidak boleh berasa selesa dengan perkembangan ini. Banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Rakyat menanti segala tindakan pimpinan PR dengan menterjemahkan untuk terus memberi sokongan kepada PR.

Panas!: AES Di Kedah, Bukti Sikap Berdendam Kerajaan BN

Belum sampai sebulan dikhabarkan Kerajaan BN Kedah akan melaksanakan Kamera AES di lokasi-lokasi strategik di seluruh Kedah. Perkembangan ini bukan sesuatu yg dibanggakan tetapi dilihat seolah-olah tindakan melulu yang tidak popular.

Rakyat Kedah yang mengundi BN pasti terkejut lantaran pelaksanaan kamera ini masih lagi diperingkat kajian selepas dijuarai oleh pemimpin PR. Sebelum itu, kerajaan secara langsung dan tanpa sedar rakyat telah dibebani dengan cukai GST walaupun pentadbiran Najib mengatakan akan menghentikan sementara cukai tersebut.

Rakyat Kedah harus menyesali dengan perkembangan ini ibarat pepatah keluar mulut buaya masuk mulut harimau.




Sent from Samsung Mobile

PR Harus Konsisten Untuk Kesejahteraan Rakyat

Aku setuju dengan statement Timbalan Presiden PAS yang menilai bahawa pilihan raya lepas penuh dengan penipuan. Serentak dengan itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim pun seru agar rakyat hadir ke Balai Polis untuk melaporkan penipuan itu. Statement Mohamad Sabu boleh dibaca di SINI

Semua sudah sedia maklum yang pilihan raya kita baru-baru ini amat diragui. Isu pengundi hantu [bangla mari], dakwat tanggal, kempen media berat sebelah dan penggunaan agensi kerajaan secara maksimum oleh kerajaan adalah antara intipati yang mewarnai politik kini.

Kerajaan dilihat amat terdesak untuk meraih sokongan pengundi bukan melayu. Pelbagai inisiatif ditabur hingga terlupa akan kesinambungan sokongan ahli dan penyokong sendiri. Harus diakui yang orang melayu dan india lantas memberi undi kepada kerajaan. Bagaimanapun, silent voters pelbagai kaum dan paling getir sokongan orang cina jelas memeningkan kerajaan.

Inilah politik baru yang menjahanamkan kerajaan.

Lain hal dengan Pakatan Rakyat [PR]. Konsistensi meraih sokongan dengan mendedahkan segala macam keburukan kerajaan jelas memberi kemenangan berganda kepada PR. Wadah perjuangan yang jelas mahu menukar sistem hari ini memberi sinar baru kepada rakyat.

Rakyat harus memberi peluang kepada PR. Memberi mereka ruang untuk membuktikan keupayaan bahawa politik dan perjuangan PR akan membentuk wajah baru Malaysia. PAS yang menjadi parti terbesar sambil dibantu kebijakan pemimpin gabungan 3 parti pasti akan membentuk sebuah pentadbiran yang telus dan intergriti.

:Ubah sistem hari ganti dengan sistem yang lebih telus untuk Malaysia baru yang lebih gemilang.

Thursday 30 May 2013

Video: Taktik Kebinatangan Kerajaan Didedah, Apa Lagi SPR Mau Cakap



Video diatas didedahkan taktik kebinatangan kerajaan yang menafikan hak bersuara rakyat. Ya Allah, moga engkau lindungi bertuah ini dari kezaliman.....

Halwa Telinga Petang-Petang

Syabas Kerajaan Selangor: Usaha Untuk Mengukuhkan Kepercayaan Rakyat


Selepas melihat Kerajaan Pulau Pinang mengambil pendekatan untuk mesra rakyat dengan membina rumah rakyat yang dilancarkan semalam, pendekatan 1 lagi negeri yang diterajui pembangkang amatlah dialu-alukan. Saya merasakan ini adalah contoh kemesraan untuk mengukuhkan keprihatinan berpolitik.

Seperti yang dilaporkan Malaysia Kini dibawah:-

Exco Kerajaan Selangor ditetapkan supaya mengisytiharkan harta sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Selain itu, beliau juga berkata, setiap penambahan aset ketika seseorang exco itu bertugas juga perlu diisytiharkan. 

"Boleh (isytihar harta). Tahun lepas kita sudah ada apa yang dikatakan sebagai pengisytiharan yang mana kita akan teruskan cara yang telah kita buat dahulu. Jadi setiap penambahan aset semasa exco itu bertugas juga akan dilaporkan. 

"(Ia) Termasuk exco yang lama. Exco lama dan baru," katanya dalam sidang media selepas upacara Istiadat  Angkat Sumpah Jawatan Dan Aku Janji Ahli Majlis di Istana Alam Shah, Klang hari ini. 


Inilah tanggungjawab kerajaan. Jangan kita menanti langkah drastik pemerintah yang kusut dengan kehilangan sokongan rakyat. Permulaan sebegini langkah awal yang paling ditunggu rakyat.


Wednesday 29 May 2013

Kerajaan Pulau Pinang Mulakan Inisiatif Bijak

Ini adalah inisiatif yang bijak. Selepas musim pilihan raya rakyat menantikan tindakan susulan kerajaan untuk memberi kebajikan kepada rakyat. Seperti yang ditulis dari blog sini rakyat wajar memberi sokongan kepada kerajaan untuk mendapatkan pulangan kebajikan.

Seperti yang ditulis blog Sharp Shooter:-
Ketua Menteri Pulau Pinang, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng berkata, pemaju itu dipilih kerana menawarkan jaminan sumbangan kewangan (GMC) tertinggi, iaitu RM60 juta, selain, menambah 580 unit lagi rumah kos sederhana rendah yang berharga di bawah RM200,000 seunit.
"Kerajaan Negeri menyedari bahawa keperlun perumahan berharga RM200,000 adalah tinggi, maka, penambahan sebanyak 580 unit dalam kelas ini ke dalam projek ini adalah sesuatu yang akan memberi faedah kepada rakyat kelak. 
"Dengan pertambahan itu, (bermakna) peningkatan 91.4 peratus (rumah kos sederhana rendah) daripada jumlah asal 303 unit yang disyaratkan," ujar beliau di Komtar, di sini baru-baru ini. 
Pengurus Besar Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) Datuk Rosli Jaafar turut hadir pada sidang media tersebut. Dari jumlah keseluruhan 883 unit rumah kos rendah dalam kelas yang sama, Guan Eng berkata, 332 unit akan dijual secara khusus untuk Bumiputera. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu berkata, dalam syarat terbaru yang dipersetujui pemaju, sebanyak 770 unit rumah kos rendah dengan keluasan lantai 700 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan berharga RM72,500 seunit.
883 unit rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM200,000 seunit. 
165 unit lain dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 900 kaki persegi akan dibina dan dijual dengan harga RM300,000 seunit. 
Manakala 82 unit lagi dalam kelas yang sama dengan keluasan lantai 1,000 kaki persegi akan dijual di bawah harga RM400,000.
Guan Eng berkata, hanya empat unit sahaja dijual dengan harga RM400,000, bukan kesemua rumah mampu milik dijual semahal itu sebagaimana yang digambarkan oleh pembangkang Pulau Pinang sebelum ini.
Justeru, katanya lagi, kos keseluruhan projek tersebut berjumlah RM85 juta, iaitu GMC berjumlah RM60 juta dan RM25 juta baki adalah tambahan tawaran bagi kemudahan awam. 
Dalam cadangan Zubicon, difahamkan, Chelliah Park City akan dilengkapkan dengan 'linear park', kawasan hijau, terminal bas awam, laluan basikal dan pejalan kaki serta rekaan bentuk fizikal kediaman memenuhi spesifikasi Green Building Index (GBI) berkelas "Gold" seperti penyediaan pusat kitar semula. Itu, tidak termasuk bangunan tunggal yang akan dijadikan surau untuk umat Islam setempat. 
Terdahulu, Kerajaan Negeri bercadang untuk menjual 1.2 ekar tanah dekat Taman Manggis dakat Jalan Zainal Abidin, di sini kepada pihak swasta untuk pembinaan bangunan 30 tingkat yang terdiri oleh 19 tingkat hotel, enam tingkat hospital swasta dan lima tingkat parkir. 
Projek komersial itu menerima tentangan kuat daripada pembangkang Pulau Pinang atas dalih kerajaan Negeri wajar membina rumah kos sederhana rendah terlebih dahulu untuk keperluan rakyat di negeri berkenaan. 
Oleh kerana tanah tersebut tidak muat untuk pemajuan flat rumah kos rendah, Kerajaan Negeri mencadangkan sebidang tanah lain yang berdekat Taman Manggis, iaitu di Jalan SP Chelliah. 
Wong Hon Wai semasa masih menjadi Exco Perancangan Bandar & Desa, Perumahan dan Kesenian pada 7 Ogos tahun lepas telah menulis surat kepada Datuk Chor Chee Heung (kini bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan) bagi menuntut peruntukan Kerajaan Pusat berjumlah kira-kira RM52.5 juta bagi membina 27 tingkat rumah kos rendah dengan keluasan setiap unit adalah 750 kaki persegi, namun, langsung tidak dilayan.
Serentak itu, Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri tidak boleh menunggu lebih lama serta akan tetap meneruskan projek perumahan mampu milik rakyat di 11.04 ekar tanah milik Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) di Jalan SP Chelliah.
Pada 17 Januari lepas, Kerajaan Negeri melalui PDC mengiklan surat penyataan hasrat (RFP) bagi projek tersebut. 
Dalam RFP itu, antara lain mensyaratkan pembinaan 1320 unit rumah mampu milik sahaja, termasuk 303 rumah kos sederhana rendah dengan keluasan lantai 800 kaki persegi dan dijual dengan harga RM200,000 seunit. 
Sebanyak lapan syarikat pemaju mengambil bahagian sebelum Zubicon dipilih melalui proses tender terbuka. 
Perkembangan terbaru ini sekaligus menyerlahkan komitmen pentadbiran Guan Eng dalam menyediakan rumah mampu milik, termasuk di kawasan pulau demi kepentingan rakyat terbanyak. 
Ini yang rakyat mahu....