Thursday 30 May 2013

Syabas Kerajaan Selangor: Usaha Untuk Mengukuhkan Kepercayaan Rakyat


Selepas melihat Kerajaan Pulau Pinang mengambil pendekatan untuk mesra rakyat dengan membina rumah rakyat yang dilancarkan semalam, pendekatan 1 lagi negeri yang diterajui pembangkang amatlah dialu-alukan. Saya merasakan ini adalah contoh kemesraan untuk mengukuhkan keprihatinan berpolitik.

Seperti yang dilaporkan Malaysia Kini dibawah:-

Exco Kerajaan Selangor ditetapkan supaya mengisytiharkan harta sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula, kata Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

Selain itu, beliau juga berkata, setiap penambahan aset ketika seseorang exco itu bertugas juga perlu diisytiharkan. 

"Boleh (isytihar harta). Tahun lepas kita sudah ada apa yang dikatakan sebagai pengisytiharan yang mana kita akan teruskan cara yang telah kita buat dahulu. Jadi setiap penambahan aset semasa exco itu bertugas juga akan dilaporkan. 

"(Ia) Termasuk exco yang lama. Exco lama dan baru," katanya dalam sidang media selepas upacara Istiadat  Angkat Sumpah Jawatan Dan Aku Janji Ahli Majlis di Istana Alam Shah, Klang hari ini. 


Inilah tanggungjawab kerajaan. Jangan kita menanti langkah drastik pemerintah yang kusut dengan kehilangan sokongan rakyat. Permulaan sebegini langkah awal yang paling ditunggu rakyat.


No comments:

Post a Comment