Friday 31 May 2013

Yang Sebenarnya Rakyat Menyampah Gila Dengan Kerajaan


Seperti yang dilaporkan portal media telus, Nur Jazlan mengakui yang BN lemah dari sudut eksploitasi media baru. Ini adalah hujah Ahli Parlimen UMNO. Beliau juga mengakui yang PR lebih dominan dan konsisten menyediakan penyaluran maklumat yang berkualiti dengan menjadikan media baru sebagai platform bermutu untuk meraih sokongan rakyat khususnya pengundi.

Trend politik hari ini sangat berbeza. Banyak channel dan cara unik untuk meraih sokongan. Kita perlu mengakui keberkesanan cara ini. Ianya telah terbukti sebagai senjata ampuh dan kuasa yang luas.

Sebenarnya, banyak faktor yang menjahanamkan BN. Terus terang cakap yang BN sebenarnya sudah uzur dan perlukan overhaul. Inilah peluang tersedia kepada PR untuk menjadi kuasa politik yang lebih dominan dan agresif sebelum BN kembali menjadi kuasa politik di negara ini.

Sepanjang kempen pilihan raya mahupun pra pilihan raya, rakyat terbanyak sudah muak dengan BN. Kecelaruan demi kecelaruan terpampang yang dimampu disembunyi. Paling terkesan yang menyebabkan rakyat menyampah dengan kerajaan adalah menggunakan saluran media massa konvesional seperti TV dan Radio yang keterlaluan.

Lihatlah bagaimana, TV3 menjadi channel penyampai fitnah dengan kekerapan menyiarkan berita yang tidak berkualiti. TV3 sudah sedia maklum menyembah kerajaan seolah-olah kerajaan yang memberi ruang komersial dan keuntungan tanpa batasan. Saluran TV itu kadang kala terlupa yang perubahan arus sosial yang berkeinginan untuk mendapatkan saluran maklumat yang adil.

Penyediaan maklumat TV kerajaan amatlah memalukan

Disebabkan kekangan seperti inilah telah menjadikan PR lebih kreatif dan konsisten untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Segala jenis cabang platform maklumat dieksploitasi PR dengan berkesan. Ini yang  rakyat mahukan. Keadilan dan ketelusan untuk mendapatkan maklumat.

Bagaimanapun, pimpinan PR tidak boleh berasa selesa dengan perkembangan ini. Banyak kerja dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan. Rakyat menanti segala tindakan pimpinan PR dengan menterjemahkan untuk terus memberi sokongan kepada PR.

No comments:

Post a Comment